SEMAKER
JL. RAYA KERTEK KM. 3 WONOSOBO
0 PENDIDIKAN PRASEKOLAH DAN RENDAH
Matlamat Pembangunan Pendidikan Prasekolah dan Rendah
Pembangunan pendidikan prasekolah bermatlamat menginstitusikan pendidikan
prasekolah,menyediakan pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur 5+ tahun,
mewajibkan penggunaan Kurikulum Kebangsaan Prasekolah (KKP) di semua pusat
pendidikan prasekolah, dan memantapkan mekanisme pemantauan dan penilaian ke atas
program prasekolah.
Pembangunan pendidikan rendah bermatlamat untuk menyediakan infrastruktur yang
sesuai dan mencukupi bagi melaksanakan pendidikan wajib pada peringkat rendah;
mengurangkan kadar keciciran; meningkatkan kemahiran membaca, menulis, dan mengira
(3M); meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran asas komputer; memperkukuh
penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains; meningkatkan
kemahiran membaca dan menulis Jawi; memupuk asas perpaduan dengan
memperkenalkan mata pelajaran Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil di sekolah
kebangsaan; menyediakan guru terlatih yang mencukupi; dan memastikan 50 peratus guru
di sekolah rendah adalah guru siswazah terlatih pada tahun 2010.
Isu dan Cabaran
Antara isu yang berkaitan dengan pendidikan prasekolah dan rendah adalah peratus
kanak-kanak berumur 5+ tahun yang menyertai prasekolah masih rendah dan matlamat
KPM untuk memastikan semua murid Tahun 1 menamatkan pendidikan rendah hingga
Tahun 6 masih belum tercapai.
Cabaran KPM adalah untuk meningkatkan aksesibiliti pendidikan prasekolah dan rendah
bagi memastikan semua kanak-kanak yang berumur 5+ tahun mendapat pendidikan
prasekolah dan semua kanak-kanak berumur 6+ hingga 11+ tahun menamatkan
pendidikan rendah. Selain itu, cabaran KPM adalah bagi membekalkan semua sekolah
dengan komputer dan meningkatkan penggunaan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Cabaran yang dinyatakan berkait rapat dengan keperluan untuk
meningkatkan ekuiti pendidikan pada peringkat prasekolah dan rendah, khususnya bagi
mengimbangi peluang mendapatkan kemudahan pendidikan berkualiti kepada semua
murid; memperluas peluang pendidikan khas; meningkatkan penglibatan sektor swasta,
orang perseorangan, dan masyarakat serta pertubuhan bukan kerajaan dalam membiayai
program pendidikan; dan memastikan perkongsian kemudahan fizikal berlaku bagi
sekolah-sekolah rendah dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan .
Pada peringkat pendidikan rendah, jurang perbezaan tahap pencapaian akademik dan
kokurikulum murid sekolah rendah mengikut jenis dan lokasi masih luas. Kebolehan serta
kemahiran murid berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai
persediaan sebelum mereka mengikuti pendidikan menengah pula masih belum kukuh.
Isu-isu ini menuntut KPM meningkatkan kualiti pendidikan prasekolah dan rendah
termasuk penyediaan guru yang mencukupi dan terlatih serta peningkatan kemudahan
asas pendidikan.
Strategi Pelaksanaan
Dalam pembangunan pendidikan prasekolah, penginstitusian pendidikan prasekolah akan
dilaksanakan dengan mewajibkan pelaksanaan KPK di semua pusat pendidikan
prasekolah, penyediaan kemudahan latihan guru prasekolah, dan pengukuhan mekanisme
pemantauan ke atas semua program prasekolah yang dikendalikan oleh agensi awam dan
swasta.
Strategi pelaksanaan bagi meningkatkan akses dan ekuiti pendidikan rendah adalah
dengan meningkatkan kadar penyertaan terutamanya dengan menyasarkan kadar
Rabu, 22 April 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar